Hari pertama hantar si comel ke TASKA dan mereka menangis teresak-esak sambil memeluk kaki anda?
Jangan risau, anda tidak keseorangan. Ini adalah situasi biasa yang dinamakan separation anxiety (kebimbangan berpisah). Sebagai ibu bapa, hancur luluh hati kita dibuatnya kan?
Tapi jangan bimbang, team pendidik kami di Borakidz Child Care Centre ada 3 petua mudah yang anda boleh cuba bermula esok:
1. Cipta “Rutin Selamat Tinggal” yang Ringkas
Kanak-kanak sukakan rutin kerana ia membuatkan mereka rasa selamat. Cipta satu gaya perpisahan yang konsisten setiap hari;
- Contoh: Peluk erat, cium kedua-dua pipi, dan beri salam “High-Five!”.
- Petua Ekstra: Buat perkara yang sama setiap pagi supaya anak tahu, perpisahan ini cuma sementara.
2. Elakkan “Meloloskan Diri” Diam-Diam
Bila melihat anak sedang leka bermain, ada ibu bapa yang mengambil kesempatan untuk terus keluar tanpa memberitahu anak.
Mengapa ini berbahaya? Anak akan rasa terkejut dan hilang rasa percaya apabila mendapati anda tiba-tiba “hilang”. Ini boleh membuatkan mereka lebih melekat (clingy) pada esok hari.
Sebaliknya, sentiasa beritahu mereka secara jujur: “Ibu kena pergi kerja sekarang. Nanti petang selepas waktu mandi, ibu ambil adik semula ya!”
3. Kekalkan Muka Senyum dan Yakin
Kanak-kanak sangat bijak membaca emosi ibu ayah mereka. Jika anda menunjukkan muka bimbang, berpeluk tubuh, atau teragak-agak untuk melangkah keluar, anak akan merasakan TASKA adalah tempat yang tidak selamat.
- Senyum dan gunakan nada suara yang ceria.
- Serahkan anak kepada guru dengan yakin— percaya bahawa team kami bersedia menjaga mereka dengan penuh kasih sayang!
Perlukan Masa Beberapa Hari
Ingat, setiap anak memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu. Ada yang mengambil masa 3 hari, ada juga yang mengambil masa seminggu dua.
Jika anda mempunyai sebarang keraguan tentang perkembangan si comel sepanjang di TASKA, pintu pejabat kami sentiasa terbuka untuk berbincang!


Tinggalkan Balasan